Photobucket

Friday, November 7, 2008

Kosa Kata

1.

Pemilihan kosa kata (merangkumi aspek diksi dengan maksud ujaran). Antara yang perlu diberi perhatian adalah perkara-perkara berikut:

i. kata-kata yang mempunyai konotasi

ii. penggunaan bentuk jamak

iii. kesesuaian penggunaan kata ganti nama diri

iv. penggunaaan kata hubung dan kata sendi nama

v. penggunaaan kata yang tidak tepat

2.

Kata-kata yang mempunyai konotasi berkait rapat pula dengan aspek semantik dan denotasi.. Misalnya kata `terlibat' dengan `terbabit' dan kata `kesan' dan `akibat'.

3.

Penggunaan kata majmuk yang tidak betul seperti mereka-mereka ini, bangunan-bangunan yang tinggi-tinggi, enam orang pelajar-pelajar

4.

Penggunaan kata ganti nama diri. perlu dikaitan dengan kesantunan bahasa. Penggunaan betul ganti nama diri dia dengan beliau, awak dengan `datuk, anda dengan awak, dan sebagainya.

5.

Penggunaaan kata hubung dan kata sendi nama. Penggunaan kata hubung ada yang tidak sesuai dengan fungsi keterangannya kerana ada kata hubung yang merujuk kepada masa, syarta, sebab, akibat dan sebagainya. Contoh: Perlawanan bola keranjang dibatalkan apabila hujan lebat. (Kata hubung `apabila' iala kata hubung yang menerangkan waktu, sedangkan yang dimaksudkan ialah `sebab' pembatalan mesyuarat berkenaan. Kata hubung yang sesuai ialah `kerana'.)

Contoh: Kamu boleh pergi jika kamu berkelakuan baik.

Kata jika kurang sesuai kerana ia menunjukkan maksud `kemungkinan'. pada hal ayat ini menyatakan syarat untuk diberi cuti. Oleh itu, kata `sekiranya' atau `dengan syarat' lebih baik untuk menggantikan kata `jika'.

6.

Penggunaan kata tidak tepat. Jenis ini ketara sekali kesilapannya. Contoh: Pada pendapatan saya, kita perlu menggandakan usaha jika mahu mendapat lebih keuntungan.

7.

Imbuhan. Lihat contoh kesalahan-kesalahan pada imbuhan di bawah yang merupakan kelaziman.

1 Pelajar baru berjanji akan belajar bersungguh-sungguh dalam ikrar mereka.

Berjanji ialah kata kerja tak transitif tetapi ayat merupakan ayat transitif. Oleh itu, imbuhan yang betul ialah menjanjikan.

2. Sebagai suami, Ali inginkan perhatian yang secukupnya daripada Halimah.

Ingin ialah kata adjektif dan memerlukan kata depan `akan'

3. Cadangan untuk memperbesarkan pejabat akan menelan belanja RM1juta.

`memper' ialah imbuhan kata kerja transitif dan tidak perlu akhiran `kan' untiuk menjadikan kata adjektif besar sebagai kata kerja transitif.

4. Hakim telah menjatuhkan pengedarkan dadah itu dengan hukuman gantung mandatori.

Akhir `-kan' menunjukkan bahawa `pengedar dadah' itu dijatuhkan tetapi maksud ayat ialah `hukuman gantung mandatori' dijatuhkan ke atas `pengedar dadah'.

8.

Frasa dan Ayat

Perhatikan contoh-contoh ayat di bawah mengenai kesalahan frasa dan ayat yang kerap ditemui.

i. Dia menyerahkan buku banknya kepada anaknya kerana dia amat percayakan anak bongsunya itu.

ii. Nenek saya amat suka buah-buahan tempata seperti mangga, betik, jambu, dan nanas.

iii. Turut menghadiri perjumpaan itu ialah Menteri Besar dan ketua-ketua jabatan kerajan.

iv. Masalah itu mereka bincangkan hingga satu penyelesaian ditemui.

v. Surat rayuan itu saya belum sempat baca lagi; tunggu esok.

Kesalahan

Sebab

Pembetulan

i. amat percayakan anak bongsunya itu.

kata adjektif `percaya' tidak mendapat akhiran tetapi diikuti oleh sendi nama `akan'

amat percaya akan anak bongsunya itu.

ii. amat suka buah-buahan tempatan

kata adjektif `suka' perlu diikuti oleh kata sendi `akan'

amat suka akan buah-buahan tempatan

iii.Turut menghadiri perjumpaan itu

Struktur ayat tidak sesuai dengan struktur struktur subjek-predikat bahasa Melayu

Yang turut menghadiri perjumpaan itu ialah menteri Besar dan ketua-ketua jabatan kerajaan atau

Menteri Besar dan ketua-ketua jabatan kerajaan turut menghadiri perjumpaan itu.

iv. masalah itu mereka bincangkan

Struktur pasif untuk pelaku ganti nama diri ketiga tidak sesuai

masalah itu dibincangkan oleh mereka

v. Saya belum sempat baca lagi

Struktur pasif untuk pelaku ganti nama diri pertama tidak sesuai.

belum sempat saya baca lagi

No comments: