Photobucket

Friday, November 7, 2008

Kesalahan Istilah atau kata atau bahasa..?

a) Dari segi zahir, bangunan itu perlu dirobohkan kerana banyak tiang yang telah rosak dimakan oleh anai-anai.
b) Anak jutawan terkenal itu diculik ketika semua orang sedang tidur pada malam itu dengan nyeyaknya.
c) Encik Azhar gembira atas kenaikan saham syarikatnya, maka dia bercadang untuk membuka perniagaanya ke luar kampung.

a) Sebaik sahaja mendengar azan pada subuh yang hening itu, Azri bingkas bangun untuk mandi dan bersolat subuh.
b) "Hidup ini hanya sementara,jangan kita sombong dan bongkak" kata Arif kepada kawannya, Najib
c) Kerajaan meletakkan pendatang tanpa izin di sebuah kem sebelum dihantar pulang ke luar negara asal mereka.

a) Kasut sekolah Rafizi kotor kerana tidak dibasuh walaupun telah dimarahi oleh ibunya.
b) Rancangan televisyen yang menarik itu telah ditamatkan apabila kontraknya telah berakhir minggu lalu.
c) Badan Shafiq yang tegap itu, menyebabkan sukar baginya mencari baju yang sesuai di kedai tersebut.


Mari fikirkan bersama...

Apa sudah jadi?: Awalan di- atau Kata Sendi Nama 'di'?


Kementerian Pelajaran telah pun mengisytiharkan Sistem Ejaan Rumi Baharu pada 1970. Melalui Pedoman Ejaan Rumi Baharu yang diedarkan telah dijelaskan bagaimana mengeja semua bentuk kata sama ada kata sendi nama mahupun kata awalan.

Namun, sehingga hari ini kekeliruan masih berlaku dalam pengejaan kata sendi nama ‘di’ dan kata awalan di-. Lebih mengaibkan, kesalahan tersebut berlaku di premis yang tidak sewajarnya berlaku, iaitu di salah sebuah bangunan di kampus Universiti Kebangsaan Malaysia.

Perkataan di- dalam “Di larang Makan dan Minum …’, seharusnya dieja bercantum kerana di- dalam perkataan ‘dilarang’ ialah awalan.

Sementara di dalam perkataan “Sila gunakan pintu disebelah” seharusnya dieja terpisah, iaitu ‘di sebelah’ kerana ‘di’ dalam perkataan tersebut ialah kata sendi nama yang boleh berdiri sendiri dan harus dieja terpisah.

Kosa Kata

1.

Pemilihan kosa kata (merangkumi aspek diksi dengan maksud ujaran). Antara yang perlu diberi perhatian adalah perkara-perkara berikut:

i. kata-kata yang mempunyai konotasi

ii. penggunaan bentuk jamak

iii. kesesuaian penggunaan kata ganti nama diri

iv. penggunaaan kata hubung dan kata sendi nama

v. penggunaaan kata yang tidak tepat

2.

Kata-kata yang mempunyai konotasi berkait rapat pula dengan aspek semantik dan denotasi.. Misalnya kata `terlibat' dengan `terbabit' dan kata `kesan' dan `akibat'.

3.

Penggunaan kata majmuk yang tidak betul seperti mereka-mereka ini, bangunan-bangunan yang tinggi-tinggi, enam orang pelajar-pelajar

4.

Penggunaan kata ganti nama diri. perlu dikaitan dengan kesantunan bahasa. Penggunaan betul ganti nama diri dia dengan beliau, awak dengan `datuk, anda dengan awak, dan sebagainya.

5.

Penggunaaan kata hubung dan kata sendi nama. Penggunaan kata hubung ada yang tidak sesuai dengan fungsi keterangannya kerana ada kata hubung yang merujuk kepada masa, syarta, sebab, akibat dan sebagainya. Contoh: Perlawanan bola keranjang dibatalkan apabila hujan lebat. (Kata hubung `apabila' iala kata hubung yang menerangkan waktu, sedangkan yang dimaksudkan ialah `sebab' pembatalan mesyuarat berkenaan. Kata hubung yang sesuai ialah `kerana'.)

Contoh: Kamu boleh pergi jika kamu berkelakuan baik.

Kata jika kurang sesuai kerana ia menunjukkan maksud `kemungkinan'. pada hal ayat ini menyatakan syarat untuk diberi cuti. Oleh itu, kata `sekiranya' atau `dengan syarat' lebih baik untuk menggantikan kata `jika'.

6.

Penggunaan kata tidak tepat. Jenis ini ketara sekali kesilapannya. Contoh: Pada pendapatan saya, kita perlu menggandakan usaha jika mahu mendapat lebih keuntungan.

7.

Imbuhan. Lihat contoh kesalahan-kesalahan pada imbuhan di bawah yang merupakan kelaziman.

1 Pelajar baru berjanji akan belajar bersungguh-sungguh dalam ikrar mereka.

Berjanji ialah kata kerja tak transitif tetapi ayat merupakan ayat transitif. Oleh itu, imbuhan yang betul ialah menjanjikan.

2. Sebagai suami, Ali inginkan perhatian yang secukupnya daripada Halimah.

Ingin ialah kata adjektif dan memerlukan kata depan `akan'

3. Cadangan untuk memperbesarkan pejabat akan menelan belanja RM1juta.

`memper' ialah imbuhan kata kerja transitif dan tidak perlu akhiran `kan' untiuk menjadikan kata adjektif besar sebagai kata kerja transitif.

4. Hakim telah menjatuhkan pengedarkan dadah itu dengan hukuman gantung mandatori.

Akhir `-kan' menunjukkan bahawa `pengedar dadah' itu dijatuhkan tetapi maksud ayat ialah `hukuman gantung mandatori' dijatuhkan ke atas `pengedar dadah'.

8.

Frasa dan Ayat

Perhatikan contoh-contoh ayat di bawah mengenai kesalahan frasa dan ayat yang kerap ditemui.

i. Dia menyerahkan buku banknya kepada anaknya kerana dia amat percayakan anak bongsunya itu.

ii. Nenek saya amat suka buah-buahan tempata seperti mangga, betik, jambu, dan nanas.

iii. Turut menghadiri perjumpaan itu ialah Menteri Besar dan ketua-ketua jabatan kerajan.

iv. Masalah itu mereka bincangkan hingga satu penyelesaian ditemui.

v. Surat rayuan itu saya belum sempat baca lagi; tunggu esok.

Kesalahan

Sebab

Pembetulan

i. amat percayakan anak bongsunya itu.

kata adjektif `percaya' tidak mendapat akhiran tetapi diikuti oleh sendi nama `akan'

amat percaya akan anak bongsunya itu.

ii. amat suka buah-buahan tempatan

kata adjektif `suka' perlu diikuti oleh kata sendi `akan'

amat suka akan buah-buahan tempatan

iii.Turut menghadiri perjumpaan itu

Struktur ayat tidak sesuai dengan struktur struktur subjek-predikat bahasa Melayu

Yang turut menghadiri perjumpaan itu ialah menteri Besar dan ketua-ketua jabatan kerajaan atau

Menteri Besar dan ketua-ketua jabatan kerajaan turut menghadiri perjumpaan itu.

iv. masalah itu mereka bincangkan

Struktur pasif untuk pelaku ganti nama diri ketiga tidak sesuai

masalah itu dibincangkan oleh mereka

v. Saya belum sempat baca lagi

Struktur pasif untuk pelaku ganti nama diri pertama tidak sesuai.

belum sempat saya baca lagi

Jenis Kesalahan

Para penulis perlu terlebih dahulu mengetahui jenis-jenis kesalahan yang berlaku di sesebuah wacana: Hal ini boleh diringkaskan seperti berikut:


Jenis kesalahan

Contoh kesalahan

Pembetulan

1. keselarasan vokal

akibat pengaruh dialek

kata tiga suku kata tertutup

akibat kekecualian bagi kata pinjam serantau



sibar, hibuh, sebok, sinarai

kelumpok, celotih, kelungsung

calun, pelancung, awit, bunglun



sebar, heboh, sibuk, senarai

kelompok, celoteh, kelongsong

calon, pelancong, awet, bunglon

2. Ejaan kata pinjaman:

akibat pengaruh ejaan bahasa sumber bagi kata yang sudah mantap

kekeliruan antara bunyi sebutan dengan sistem visual ejaan

ejaan kata khusus yang mengunakan nombor



plan, gran, klas

teknoloji, otomotik, karban, oksijen,

abad ke20

tahun 60an



pelan, geran, kelas

teknologi, automatik, karbon, oksigen

abad ke-20

tahun 60-an

3. Ejaan kata terbitan:

awalan meN-, peN-, beR-

akhiran -kan, -i



mengaru, mensenaraikan



menggaru, menyenaraikan

4. Ejaan Kata Majmuk

kata majmuk yang dieja sebagai stau perkataan

kata majmuk yang dieja sebagai dua perkataan

kata majmuk yang mendapat apitan



jawatan kuasa, antara bangsa, bagai mana

ambilalih, ibubapa, kuatkuasa

menguat kuasakan, menganak tirikan, menemu dugai



jawatankuasa, antarabangsa, bagaimana

ambil alih, ibu bapa, kuat kuasa

menguatkuasakan, menganaktirikan, menemuduga

Mari Belajar I

Manual kesalahan biasa yang dianggap ringgan setiap penulis…

1. Penggunaan istilah: TELAH

TELAH mesti dibuang apabila dalam situasi berikut:

a. TELAH yang salah daripada segi logik realitinya.
Saya telah memeluk Islam pada 1994. [salah]
Saya memeluk Islam pada 1994. [betul]

Dunia telah berubah [
salah]
Dunia berubah [betul]

Malaysia telah merdeka [
salah]
Malaysia merdeka [betul]

Dr. Mahathir telah mendirikan rumah tangga dengan Dr. Siti Hasmah [
salah]
Dr. Mahathir mendirikan rumah tangga dengan Dr. Siti Hasmah. [betul]

b. TELAH yang datang daripada nahu Inggeris dan Arab bagi unsur past tense (was, -ed).
c. TELAH yang menjadi ciri gaya bahasa klasik.
d. TELAH yang menyebabkan tambahan beban maklumat (information overloading).
Darwin adalah saintis pertama yang telah mengemukakan teori evolusi. [
salah]
Darwin ialah saintis pertama yang mengemukakan teori evolusi. [betul]

Pearl Harbour telah dibom pada 1947. [
salah]
Pearl Harbour dibom pada 1947. [betul]

Muhammad telah dilahirkan pada Tahun Gajah [
salah]
Muhammad dilahirkan pada Tahun Gajah [betul]

Malaysia telah merdeka pada 1957. [
salah]
Malaysia merdeka pada 1957. [betul]

Dia telah mati sebelum Perang Dunia II. [
salah]
Dia mati sebelum Perang Dunia II. [betul]

Allah telah berfirman [
salah]
Allah berfirman [betul]

“Lautan telah kucipta untukmu.” [
salah]
“Lautan kucipta untukmu.” [betul]

Rasullah telah bersabda [
salah]
Rasullah bersabda [betul]

Makna ‘telah’ yang betul: Perkara itu berlaku sekali sahaja. Ia sudah tamat, tidak berlaku lagi saat ini.
Contoh: telah ditelan zaman